Monday, December 26, 2016

Dinner Terakhir Dengan Prof KJ

Prof KJ dah habis mengajar dekat USM-KLE, and akan berangkat balik Malaysia dalam 2 hari lagi. Ni dinner yang seriously impromptu. Tiba2 je kitorang decide nak buat dinner dengan Prof KJ. Sebab malam ni malam last yang dia free, before prof balik for good.





Ada kisah ye di sebalik tudung Ayush tu









Prof sempat jugak bagi nasihat dekat kitorang pasal mcm mana nak survive as a medical studnet, and how to excel in medical field



Five Bro Sis

Wednesday, August 24, 2016

Mimpi Doa Seekor Kucing

Ibu seorang pemuda di rawat di hospital. Ibunya di rawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila-bila masa.

Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yang sedih mengenang sakit ibunya. Dalam perjalanan untuk melawat ibunya sekali lagi, pemuda itu berhenti di stesen minyak.

Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak, pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak, berteduh di bawah kotak. Kucing itu kelihatan tidak mampu berjalan. Dia termenung sejenak tertanya-tanya. Siapakah yang akan memberi makan kepada kucing itu dalam keadaan sebegitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak. Dibelikannya setin tuna. Dibukanya tin tuna itu untuk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital.

Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU, alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada di katil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya. Dia bergegas lari untuk bertanya kepada nurse bertugas.

"Di mana ibuku?"

Nurse itu berkata "Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa"

Pemuda itu terus mendapatkan ibunya yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya. Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi.

Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar di katil, ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera.

Pemuda itu terkejut mendengar apa yang diceritakan ibunya. Barulah dia teringat akan kucing di stesyen minyak yang diberi tuna tadi.

Thursday, May 5, 2016

Random Post

Kadang-kadang orang yang kau nampak hina tu lebih mulia,

daripada orang yang kau rasa mulia.

Saturday, January 16, 2016

Friday, January 15, 2016

Muka Depan

Jangan semata-mata kerana dia cantik, kita lupakan segalanya. 

Kerana dia cantik, engkau sanggup lupa agama
Kerana dia cantik, engkau lupa kedua ibu bapa
Kerana dia cantik, engkau lupakan kawan-kawan
Kerana dia cantik, engkau hilang pertimbangan

Dan jangan pula kerana engkau merasa diri engkau cantik, engkau memperbodohkan orang lain. 
Jangan sombong. Jangan angkuh.

Kerana manusia itu diberi akal

Aku juga manusia.