Tuesday, June 2, 2020

Housemanship - Sistem Shift TDS / TDS Shift System

Posting kali ni cuma nak share sedikit sebanyak tentang working hours semasa housemanship

Kebiasannya, untuk satu minggu seseorang houseman iu perlu bekerja minimum sebanyak 60 jam
Sistem ini dipanggil sebagai Flexi Hours dimana distribution ataupun agihan utk working hours bergantung kepada department masing-masing

Kami sebagai houseman pula menggelar sistem ini sebagai sistem shift TDS/ TDS Shift System (TDS dlm perubatan bermaksud tiga kali sehari; merujuk kepada tiga shift dlm sehari)





************************************************

Sebagai contoh

Orthopedics:
AM shift 7am - 5pm (10 jam)
PM shift 7am - 9pm (14 jam)
Night shift 8pm - 10am keesokan hari(14 jam)

Untuk cukupkan minima 60 jam, kebiasannya seseorang houseman akan bekerja sebegini:
2 AM shift (2 x 10 jam = 20 jam)
2 PM shift (2 x 14 jam = 28 jam)
1 night shift (1 x 14 jam = 14 jam)
Total = 62 jam (melepasi syarat 60 jam waktu bekerja minima)


************************************************

Untuk perbandingan, saya ambil working hours utk shift houseman ED (Emergency Department) pula:
AM shift 7am - 7pm (12 jam)
PM shift 10am - 10pm (12 jam)
Night shift 10pm - 10am keesokan hari (12 jam)

Jadi untuk mendapat minima 60 jam waktu bekerja, shift disusun sebegini
2 AM shift (2 x 12 jam = 24 jam)
2 PM shift (2 x 12 jam = 24 jam)
1 night shift (1 x 12 jam = 12 jam)
Total = 60 jam (melepasi syarat 60 jam waktu bekerja minima)


***************************************************


Memang penat pada mulanya utk bekerja sebegini, kadang-kadang tak sempat makan pun drpd mula bekerja hingga habis shift.

Tapi lambat laun kita akan mula belajar utk curi-curi masa utk makan, pandai bahagi masa utk tugas-tugas urgent dan tak urgent, etc

Kadang-kadang mungkin ada waktu ward lengang sekejap- bolehlah dpt 10-15 minit utk solat and makan. 
Kadang-kadang boleh dpt waktu rehat lebih sikit sebab ward tenang and kerja semua dah settle

In Sha Allah, dari hari ke hari anda akan dpt biasakan diri dan akan merasakan perkara ini sebati dengan diri dan rutin kehidupan harian anda

h




No comments:

Post a Comment