Friday, November 23, 2018

Pediatrics

Pagi masuk kerja, sepatutnya jaga photo

Masuk photo, tiba2 MO panggil utk join review dekat level

Habis review pun dalam tengahari, then sambung review dekat photo balik dgn specialist

Tengahari CME

Then solat jumaat

Lepastu tiba2 kena tukar jadual lagi, kena join postnatal ward pulak

Habis cover postnatal ward pukul 9pm!

Buat discharge summary sampai 11pm

Esok sambung kerja balik mcm biasa

What a day

Friday, July 13, 2018

Housemanship Documents, Registration

1. MARA

Untuk MARA scholars, ada tiga benda yg kena buat. First, lapor diri dekat MARA bahawasanya korang dah tamat belajar. Second, apply untuk bayaran2 tamat belajar, termasuklah claim tiket flight. Third, apply utk pengurangan bayaran balik.

Tak semua ni boleh buat serentak, sebab ada yang perlukan dokumen (ijazah, transkrip). So, plan elok2 bila waktu yg sesuai utk dtg HQ MARA

Oh, and skrg application utk pengurangan bayaran balik boleh buat through eBaki MARA and seriously lagi mudah. Just follow je guidelines yg dia bagi tu.

2. SPA

Boleh terus isi borang spa ikut step by step. Please make sure step yg korang isi tu betul. Cek betul2 sebelum submit. Application SPA mungkin akan terganggu kalau korang asyik resubmit. Worst case scenario, tarikh tapisan akan diadjust kepada tarikh akhir korang submit borang SPA online tu

3. MMC

Yg ni simple sikit, sebab dia kena deal terus dekat Bangunan MMC. Proses dia pun straightforward je. Tapi korang kena g MMC ni dua kali; first masa mula2 nak apply nombor sementara MMC, secondly masa nak dptkan sijil pendaftaran sementara MMC. Sijil ni penting utk application masa housemanship nanti




Utk apply nombor MMC ni, korg boleh g pejabat MMC dekat KL. Utk orang2 yg jauh tu korg boleh mintak wakil ambikkan utk korg. 


4. KKM

Lastly, KKM. Korang perlu sediakan dokumen utk dua stage.

First stage - PTM. Masa ni tak perlu banyak sgt dokumen pun. Ada 4 dokumen je, and tak perlu sahkan pun.

Second stage - Housemanship. Banyak dokumen2 yg admin hospital akan mintak. Dan dia berbeza2 ikut hospital. Ada yg perlu sikit je, and ada yg perlu banyak. Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai kerajaan gred 41 ke atas (dulu diorang panggil sbg pegawai kumpulan A). 

Sunday, June 10, 2018

White Flakes

And now winter is over,
All that's left is only memory


Tuesday, February 13, 2018

From Malaysia to Belgaum

Dear juniors, aku tahu ramai antara kita yang tak tahan sangat dengan perangai locals dekat Belgaum. Tapi percaya la, satu hari nanti masa korang dah balik, korang akan rindu teramat sgt dekat tempat ni.

Mungkin ada yang dah tak tahan sgt sebab ada mcm2 masalah yang makin lama makin menjadi. Tapi the fact that korang boleh survive, akan buatkan korang lagi rindu dengan tempat ni. 

Masa dekat Belgaum, korang akan cakap korang nak balik Malaysia. Dekat Malaysia ada family, makanan sedap2, barang murah, nak travel senang, dan sebagainya. Tapi jangan terkejut bila dah back for good nanti korang akan start rindu makanan dekat Belgaum, rindu kawan2 and lecturers, environment study dekat sana, and rindu that hectic life of being a medical students dekat sana.

So for that, spend masa dekat Belgaum dengan sehabis baik. Create memories, sebab masa yang berlalu tu takkan boleh berpatah balik

Thursday, January 11, 2018

7 Amal Jariah

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang ia lakukan setelah ia mati adalah

1. Ilmu yang ia ajarkan dan sebarkan
2. Anak soleh yang ia tinggalkan
3. Mushaf Al-Quran yang ia wariskan
4. Masjid yang ia bangun
5. Rumah bagi Ibnu Sabil yang ia bangun
6. Sungai yang dialirkan
7. Sedekah yang ia keluarkan dari harta ketika ia sihat dan hidup