Friday, July 3, 2020

Housemanship! - Personal Stamp/ Cop

Ha untuk yang baru nak dpt placement untuk housemanship, mesti ada barang-barang yang korang nak beli kan.

Antara benda penting sebagai seorang houseman ialah cop/ stamp sendiri

Cop ni digunakan untuk buat AM review/ PM review, or segala macam entry dekat BHT nanti

Cop juga diperlukan untuk endorse ubat-ubat dekat dalam ward

Dan cop juga penting untuk buat discharge summary korang

Basically cop ni macam korang punya verification, untuk memastikan yang kita bertanggungjawab atas segala apa yang kita tulis/ endorse. So kalau ada apa2 isu kita akan tgk balik siapa yang tgk patient tu based on cop ni

Tapi houseman tak boleh nak cop MC cuti lagi lah, kena tunggu housemanship habis baru cop valid nak guna untuk MC

Ok tu takpe pasal tu nanti kita bukak entry lain


****************************************************


Entry kali ni just nak cerita mcm mana nak buat cop dan jenis-jenis cop yang aku recommend

Format untuk buat cop secara am:

********* (NAMA PENUH)
PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH UD41
NO MMC(S) : ***** (Nombor MMC Sementara korang)
HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Biasanya empat baris macam ni lah

****************************************************

Ok untuk jenis-jenis cop pulak

1. Pocket Stamp
- Advantage: Kecik, senang bawak, ringan
- Aku recommend beli brand Shiny sebab lagi ringan+ smooth bila nak slide. Harga dlm RM30-36
- Brand COLOP tu kadang-kadang tak smooth sgt bila nak guna. So lepas setahun guna dah ada tanda-tanda nak patah
COLOP POCKET STAMP | Rubber Stamp Online Malaysia
Colop Pocket Stamp


SHINY Customized Pocket Stamps / Handy Stamps S-722, S-723, S-724 [Nurse,  Doctor, Teacher, Officer, Delivery] | Shopee Malaysia


2. Stamp jenis tekan
- Yang ni best pakai sebab kalau nak cop banyak2 kertas sekali pun takpe
- advantage: Laju, senang pakai, lasak. Susah nak hilang sebab kat atas tu akan terpampang nama owner cop
- disadvantage: besar, gedabak, berat

Colop Self Inking Printer Line | Pulau Pinang | RS Print Shop
COLOP STAMP Rubber Stamp, Stamp Pad & Ink Johor Bahru (JB), Malaysia,  Skudai Supplier, Suppliers, Supply,
Dari jauh dah nampak nama korang terpampang atas cop tu. So 50 kali hilang pun still  akan jumpa balik

3. Mouse Stamp
- Yang paling kecik and paling ringan antara semua
- Advantage: Murah, ringan, portable, boleh sangkut je dekat lanyard leher
- Disadvantage: Kalau letak kat poket nanti senang hilang (Jadi houseman ni magic, benda dekat poket selalunya sekejap je dah hilang. Haha)

COLOP stamp Mouse 20 - BLUE (13x37mm) - EZ STAMP




Tuesday, June 2, 2020

Housemanship - Sistem Shift TDS / TDS Shift System

Posting kali ni cuma nak share sedikit sebanyak tentang working hours semasa housemanship

Kebiasannya, untuk satu minggu seseorang houseman iu perlu bekerja minimum sebanyak 60 jam
Sistem ini dipanggil sebagai Flexi Hours dimana distribution ataupun agihan utk working hours bergantung kepada department masing-masing

Kami sebagai houseman pula menggelar sistem ini sebagai sistem shift TDS/ TDS Shift System (TDS dlm perubatan bermaksud tiga kali sehari; merujuk kepada tiga shift dlm sehari)





************************************************

Sebagai contoh

Orthopedics:
AM shift 7am - 5pm (10 jam)
PM shift 7am - 9pm (14 jam)
Night shift 8pm - 10am keesokan hari(14 jam)

Untuk cukupkan minima 60 jam, kebiasannya seseorang houseman akan bekerja sebegini:
2 AM shift (2 x 10 jam = 20 jam)
2 PM shift (2 x 14 jam = 28 jam)
1 night shift (1 x 14 jam = 14 jam)
Total = 62 jam (melepasi syarat 60 jam waktu bekerja minima)


************************************************

Untuk perbandingan, saya ambil working hours utk shift houseman ED (Emergency Department) pula:
AM shift 7am - 7pm (12 jam)
PM shift 10am - 10pm (12 jam)
Night shift 10pm - 10am keesokan hari (12 jam)

Jadi untuk mendapat minima 60 jam waktu bekerja, shift disusun sebegini
2 AM shift (2 x 12 jam = 24 jam)
2 PM shift (2 x 12 jam = 24 jam)
1 night shift (1 x 12 jam = 12 jam)
Total = 60 jam (melepasi syarat 60 jam waktu bekerja minima)


***************************************************


Memang penat pada mulanya utk bekerja sebegini, kadang-kadang tak sempat makan pun drpd mula bekerja hingga habis shift.

Tapi lambat laun kita akan mula belajar utk curi-curi masa utk makan, pandai bahagi masa utk tugas-tugas urgent dan tak urgent, etc

Kadang-kadang mungkin ada waktu ward lengang sekejap- bolehlah dpt 10-15 minit utk solat and makan. 
Kadang-kadang boleh dpt waktu rehat lebih sikit sebab ward tenang and kerja semua dah settle

In Sha Allah, dari hari ke hari anda akan dpt biasakan diri dan akan merasakan perkara ini sebati dengan diri dan rutin kehidupan harian anda

h




Tuesday, May 5, 2020

ED - The Last, The Beginning!

6th posting - ED (Emergency Department)

Dalam housemanship, kita akan diberi pilihan samada untuk memilih satu daripada yang berikut
- Emergency Department (ED)
- Anesthesia Department
- Klinik Kesihatan (KK)
- Psychiatry

Ni kira posting elektif la. Kita boleh pilih which one. Ikut nasib jugak, kalau ada kekosongan then kita akan dapat apa yang kita pilih tu. 
Certain hospital dia ada banyak choices, and ada certain hospital dia punya pilihan limited sikit.

hospital emergency department entrance sign

Elektif posting ni tak semestinya ambil masa 6th posting je. Kita boleh pilih untuk masuk daripada 4th posting lagi sebenarnya, dengan syarat kita dah buat satu medical base posting, satu surgical base posting, and O&G posting.


..................................................

Aku pilih ED sebagai elektif posting, sebenarnya memang daripada mula lagi dah plan untuk ambil ED. Rasa takut-takut tu memang ada sebab senior kata ni posting paling busy and paling kelam kabut sekali antara semua. 

Tapi aku rasa ni posting yang agak bagus untuk betul-betul belajar semua basics (knowledge and skills) and untuk prepare before MO-ship lepas ni.

Alhamdulillah masa first day masuk ED, semua orang sangat warm, sangat welcoming. Takde la rasa kaget sangat. Cuma kena start buat semua benda sendiri.

Kena laju. Laju buat kerja, laju untuk fikir what to be done, what's next


Dulu dekat ward memang dah kena biasakan diri dengan benda-benda macam blood taking, CBD, Ryle's tube, ECG, etc. Dekat ED ni pulak dah start kena biasakan diri dengan bagi ubat. Kena pandai prepare Noradrenaline, GTN, Streptokinase, fast-correction, and pre-medication. 

..................................................

Alhamdulillah, blending well with current environment. Walaupun setiap hari ada benda baru yang nak kena belajar, but its that dynamic yang buatkan posting ni mencabar dan menarik. 

Sekian, salam!