Tuesday, June 2, 2020

Housemanship - Sistem Shift TDS / TDS Shift System

Posting kali ni cuma nak share sedikit sebanyak tentang working hours semasa housemanship

Kebiasannya, untuk satu minggu seseorang houseman iu perlu bekerja minimum sebanyak 60 jam
Sistem ini dipanggil sebagai Flexi Hours dimana distribution ataupun agihan utk working hours bergantung kepada department masing-masing

Kami sebagai houseman pula menggelar sistem ini sebagai sistem shift TDS/ TDS Shift System (TDS dlm perubatan bermaksud tiga kali sehari; merujuk kepada tiga shift dlm sehari)





************************************************

Sebagai contoh

Orthopedics:
AM shift 7am - 5pm (10 jam)
PM shift 7am - 9pm (14 jam)
Night shift 8pm - 10am keesokan hari(14 jam)

Untuk cukupkan minima 60 jam, kebiasannya seseorang houseman akan bekerja sebegini:
2 AM shift (2 x 10 jam = 20 jam)
2 PM shift (2 x 14 jam = 28 jam)
1 night shift (1 x 14 jam = 14 jam)
Total = 62 jam (melepasi syarat 60 jam waktu bekerja minima)


************************************************

Untuk perbandingan, saya ambil working hours utk shift houseman ED (Emergency Department) pula:
AM shift 7am - 7pm (12 jam)
PM shift 10am - 10pm (12 jam)
Night shift 10pm - 10am keesokan hari (12 jam)

Jadi untuk mendapat minima 60 jam waktu bekerja, shift disusun sebegini
2 AM shift (2 x 12 jam = 24 jam)
2 PM shift (2 x 12 jam = 24 jam)
1 night shift (1 x 12 jam = 12 jam)
Total = 60 jam (melepasi syarat 60 jam waktu bekerja minima)


***************************************************


Memang penat pada mulanya utk bekerja sebegini, kadang-kadang tak sempat makan pun drpd mula bekerja hingga habis shift.

Tapi lambat laun kita akan mula belajar utk curi-curi masa utk makan, pandai bahagi masa utk tugas-tugas urgent dan tak urgent, etc

Kadang-kadang mungkin ada waktu ward lengang sekejap- bolehlah dpt 10-15 minit utk solat and makan. 
Kadang-kadang boleh dpt waktu rehat lebih sikit sebab ward tenang and kerja semua dah settle

In Sha Allah, dari hari ke hari anda akan dpt biasakan diri dan akan merasakan perkara ini sebati dengan diri dan rutin kehidupan harian anda

h




Tuesday, May 5, 2020

ED - The Last, The Beginning!

6th posting - ED (Emergency Department)

Dalam housemanship, kita akan diberi pilihan samada untuk memilih satu daripada yang berikut
- Emergency Department (ED)
- Anesthesia Department
- Klinik Kesihatan (KK)
- Psychiatry

Ni kira posting elektif la. Kita boleh pilih which one. Ikut nasib jugak, kalau ada kekosongan then kita akan dapat apa yang kita pilih tu. 
Certain hospital dia ada banyak choices, and ada certain hospital dia punya pilihan limited sikit.

hospital emergency department entrance sign

Elektif posting ni tak semestinya ambil masa 6th posting je. Kita boleh pilih untuk masuk daripada 4th posting lagi sebenarnya, dengan syarat kita dah buat satu medical base posting, satu surgical base posting, and O&G posting.


..................................................

Aku pilih ED sebagai elektif posting, sebenarnya memang daripada mula lagi dah plan untuk ambil ED. Rasa takut-takut tu memang ada sebab senior kata ni posting paling busy and paling kelam kabut sekali antara semua. 

Tapi aku rasa ni posting yang agak bagus untuk betul-betul belajar semua basics (knowledge and skills) and untuk prepare before MO-ship lepas ni.

Alhamdulillah masa first day masuk ED, semua orang sangat warm, sangat welcoming. Takde la rasa kaget sangat. Cuma kena start buat semua benda sendiri.

Kena laju. Laju buat kerja, laju untuk fikir what to be done, what's next


Dulu dekat ward memang dah kena biasakan diri dengan benda-benda macam blood taking, CBD, Ryle's tube, ECG, etc. Dekat ED ni pulak dah start kena biasakan diri dengan bagi ubat. Kena pandai prepare Noradrenaline, GTN, Streptokinase, fast-correction, and pre-medication. 

..................................................

Alhamdulillah, blending well with current environment. Walaupun setiap hari ada benda baru yang nak kena belajar, but its that dynamic yang buatkan posting ni mencabar dan menarik. 

Sekian, salam!

Saturday, August 24, 2019

Choose one night and try these


Find a quiet spot, where you can be alone for a few minutes.


Take your hand, and place your palm directly on your chest


Take a few deep breaths. 


What are you feeling?


Sadness? Gratitude? Fear & worry? Joy & wholeness? Or brokenness?