Tuesday, February 7, 2017

Hyderabad

Yes cuti CNY dtg lagi! Kebiasannya time cuti mcm ni mesti hostel kosong, semua student either balik Malaysia or jalan g mana2. Mula-mula decide mcm taknak balik, konon2 nak save duit. Tapi bila tgk harga balik mcm murah aje, so bro pun terbeli tiket. Eh, terbeli?

Kalau nak ikutkan, balik ikut Hyderabad memang murah tiap2 tahun pun. Campur semua2 pergi balik ada lah dalam RM 800. Tapi most of the students kat sini tak berapa gemar ikut route ni sebab jarak daripada Belgaum-Hyderabad ambil masa dalam 12 jam jugak kalau travel by bus. Yes, 12 jam!

Tapi sebab route ni boleh save banyak, bro buat kira2 maka bro pun decide nak ikut hyderabad. Bro join group junior 2nd year. Ada la dalam 13-14 orang mcm tu rasanya. Bro sorang je yang 5th year. Segan pada asalnya. Tapi nak murah punya pasal, tebalkan muka aje la ye tak? Lagipun junior semua cool je semua best2 belaka. 


Tunggu bhaiya amik luggage

Mcm biasa lah auto masing2 nak ketuk letak harga tinggi melambung

Ola Cab lagi selesa. Tak tipu!

Check-in hotel

Charminar. 
Dalam bahasa urdu, Char bermaksud empat, Minar tu mcm tiang la gitu kot. So Charminar maksudnya 4 tiang (Tapi dalam gambar ni ada 2 tiang je yang kelihatan)

Hyderabad Briyani. Ni wajib rasa kalau jalan2 dekat Hyderabad ni

Masa ni dalam GVK One Mall
Ha yang ni lah geng2 balik Hyderabad kali ni.
 Sebenarnya ada ramai lagi dlm group ni, tapi tak sempat masuk ambik gambar. Gate dah bukak and semua kelam-kabut nak masuk line untuk boarding dah. 

Monday, December 26, 2016

Dinner Terakhir Dengan Prof KJ

Prof KJ dah habis mengajar dekat USM-KLE, and akan berangkat balik Malaysia dalam 2 hari lagi. Ni dinner yang seriously impromptu. Tiba2 je kitorang decide nak buat dinner dengan Prof KJ. Sebab malam ni malam last yang dia free, before prof balik for good.





Ada kisah ye di sebalik tudung Ayush tu









Prof sempat jugak bagi nasihat dekat kitorang pasal mcm mana nak survive as a medical studnet, and how to excel in medical field



Five Bro Sis

Wednesday, August 24, 2016

Mimpi Doa Seekor Kucing

Ibu seorang pemuda di rawat di hospital. Ibunya di rawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila-bila masa.

Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yang sedih mengenang sakit ibunya. Dalam perjalanan untuk melawat ibunya sekali lagi, pemuda itu berhenti di stesen minyak.

Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak, pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak, berteduh di bawah kotak. Kucing itu kelihatan tidak mampu berjalan. Dia termenung sejenak tertanya-tanya. Siapakah yang akan memberi makan kepada kucing itu dalam keadaan sebegitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak. Dibelikannya setin tuna. Dibukanya tin tuna itu untuk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital.

Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU, alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada di katil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya. Dia bergegas lari untuk bertanya kepada nurse bertugas.

"Di mana ibuku?"

Nurse itu berkata "Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa"

Pemuda itu terus mendapatkan ibunya yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya. Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi.

Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar di katil, ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera.

Pemuda itu terkejut mendengar apa yang diceritakan ibunya. Barulah dia teringat akan kucing di stesyen minyak yang diberi tuna tadi.