Thursday, August 27, 2015

Biasanya Yang Tak Plan Tu La Yang Menjadi

So hari ni takde kerja kita plan ke mid valley pula. Pagi2 dah bertolak daripada seremban dalam pukul 7 pagi. Lepas tu terus mesej si roomate yang duduk dekat Shah Alam:

"Weyh, aku otw"

Hahaha. Jahat tak pagi2 pukul 7 pagi dah bagi mesej sebegitu bunyinya. Patutnya aku sedar yang mesej sebegitu sudah tentu membuatkan roomate aku tersedu dan duduk terkesima sebab awal sangat aku bertolak. Pak Guard pemegang kunci Mid Valley pun belum sampai lagi. 

Tapi aku kata dekat Afiq (si roomate) suruh dia tak yah rushing sangat. Dalam pukul 12 jumpa dekat Mid Valley. Kalau aku sampai awal pun aku jalan-jalan la area KL kejap

Tapi tak semena-mena rupanya dia terus siap-siap and terus datang mid valley. Dalam pukul 11 mcm tu rasanya dia dah sampai and terus call aku suruh datang. Kebetulan Afiq takde mobile data masa tu so dia takde la whatsapp nak bagitau dia dah otw ke ape. So terus bagitau yang dia dah sampai.

 Time tu aku dah merayau sampai Raja Chulan dah. Hahaha. So aku pun ape lagi, memecut la ke monorail Raja Chulan, sampai KL sentral lepas tu terus ke Mid Valley.
Sempat la jugak ambik gambar sikit-sikit




So sesampainya kat sana, diorang bagitau kat aku tempat nak jumpa. Masa tu Ida yang call. So dia kata diorang kat depan Poh Kong. Aku pun mcm . . . Err, Poh Kong kat mana. Kedai sebegitu memang tak pernah dijejak oleh Encik Khairie apetah lagi nak mengingat lokasi kedai ni dalam Mid Valley memang jauh panggang daripada api lah kan.

Tapi apa-apa pun kitorang dapat jumpa la jugak. Sebab dia kata ada kedai MPH dekat-dekat situ so aku mcm terus carik MPH je senang kerja Pak Leman. Pastu mcm biasa lah bila dah jumpa hei hai ko cmne ape khabar so ermm . ermm . . . krik2.. awkward tak tau nak cakap apa kan . .  Ye la enjin belum panas ais tak pecah lagi mcm mana nak berseloroh. Chill dulu. So kitorang pun mcm nak carik kedai makan dulu la since aku pun tak makan lagi. Then aku ajak Afiq dengan Ida pergi bege king. (sebenarnya aku rasa at this point aku je yang lebih-lebih lapar al-maklum perut memang asyik lapar mcm perut ape ntah lembu meragut rumput dah habis makan, aku tak habis-habis makan lagi) Kalau dah makan pun lepas tu makan lagi dan lagi dan lagi sebab tu lah kau boroi Khairie oi (moga dijauhkan)


Boroi eh Khairie? Pastu makan burger lagi acane? Haaaaa

Kitorang lepak dekat burger king serious lama. Serious macam tak tipu. Serius macam muka Squidward tgh serius taknak layan dah Spongebob dengan Patrick. Serious hitam (Sirius Black). Tetiba toleh belakang nampak Ridhwan pulak dah sampai.

"Thanks guys sebab bagitau korang dekat mana"

Hahahahaha. Ridhwan memang suka guna ayat-ayat sarkastik supaya korang faham yang korang buat salah. Tapi kalau Sheldon Cooper jumpa dia mungkin sarkastik ni takkan difaham-faham so dia akan balas balik:

"You're welcome"

At this point aku mcm ehhh nyesal tak tengok phone rupa-rupanya dia dah sampai pukul 11.45 pagi tadi jugak and tengah nak tau nak jumpa dekat mana. Asalnya Ridhwan patut berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lama dia tapi entah mcm mana dia kata reunion tak jadi. So dia terus datang ke Mid Valley je sebab nak jumpa kitorang. Sweet tak sweet tak kawan-kawan aku sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa time cuti ni. By the way Ridhwan ni pun geng aku dekat USM-KLE, jiran sebelah bilik lagi tu. So memang agak rapat jugak la.

Pastu ape lagi, kitorang pun jalan-jalan la mid. Aku pun bukan mahir sangat area ni ye la takkan nak bukak waze pulak lepas tu enter nama kedai lepas tu waze pun berbunyi in four hundred metres turn left. Tak pasal-pasal orang kiri kanan mohon pencerahan kat aku.


Semua benda ni diorang buat guna kotak je. Pokok, daun, buluh, monyet, kambing, hamster, iguana, penguin, chihuahua, semua lah. 

Afiq: Abang tiket GSC, nak tanya sikit, Khabi Kushi Khabi Gham pukul berapa?
Brader tiket: Sabar je la aku dapat customer mcm ko

So kitorang decide nak tengok inside out.
 Dah pernah tengok dah cerita inside out ni, tapi sebab semua orang belum tengok lagi, aku join je la. Oh by the way masa ni Haziq pun dah sampai. So sekarang kitorang berlima.


Tetiba gambar surau kenapa? Sebenarnya sebelum masuk surau aku tengok brader kat atas ni mcm Brader2 hipster rambut ala-ala Sam Smith. Tapi yang bestnya, dia masuk surau lagi awal daripada aku, and dia keluar lagi lambat daripada aku. Lama dia duduk macam tu berdoa. So, betul la kata omputih, don't judge a book by its cover. Allah nak tunjuk dekat aku yang manusia ni kadang-kadang luaran je nampak baik, tapi dalaman lain. And vice versanya, luaran mungkin nampak rock, tapi dalam hati beriman. MashaAllah


Lu tak belanja tiket wayang gua tembak sama lu.

Afiq dan baju barunya
Walla walla pak arab yalla yalla

Triple Dent Gum

Next is singgah kedai KGB. Kedai burger. Yang ni Ridhwan yang bawakkan. Aku bila dengar kedai makan sedap maka semuanya ku seret sekali. Hahaha.

"Dik, nak makan sini ke?" Tak lah kak, saya nak makan kat sana dengan kawan-kawan saya. Jawabku lalu dibaling dengan spatula si tukang masak burger di belakang sana.


California mari.

"Khairie, ko bila nak bayar ni? Buat-buat taknak bayar pulak"

At last. KGB dah sampai. Pagi burger petang burger maka gemoklah kau seperti seekor ikan buntal.




How I met your mother

Kalau dah telan clorox pun nescaya aku tak boleh nak lupa ekpresi muka ibarat senyum tapi taknak senyum tapi nak senyum tapi eh dah ambik gambar rupanya.

Oh ya, kitorang terjumpa Afnan jugak. Magik magik magik.

"Yeay, at last boleh balik rumahhh!!!" - Ida. 

Afiq dan burger bungkusnya. Brader kat sebelah tu taknak pandang kamera lalu buat2 tidur. Brader kat belah kiri pulak tengah khusyuk layan COC kot.

Saturday, August 22, 2015

KL Hipster

Minggu lepas gi key el. Gitu haaaa baru gi KL kejap dah nak tulis style hipster.

Haruslah.

Sebenarnya gi KL tak tau nak buat apa pun. Teman kakak kejap sebab dia ada kerja kat sana. So adik dia yang baik hati ni pun merelakan diri la konon-konon nak jadi adik mithali. Dah la tengah bulan, duit memang tinggal kenangan la. Tapi bagus jugak sebab kalau aku tgh travel time takde duit, baru la beringat-ingat sikit. Kalau tak, memang shopping tak beringat mengalahkan mak datin dan anak-anak ikannya.

KLCC at night

Duhhh caption gambar kat atas memang tak boleh nak straight forward lagi ke? Ok aku memang jenis yang suka amik gambar tapi tak reti nak letak caption. Seronok tengok orang lain letak caption power-power go go power rangers sampai sikit lagi nak sama dengan tahap  kumpulan puisi-puisi A. Samad Said tokoh negara. Gambar simple tapi caption berjela macam lirik lagu My All Mariah Carey tu pun ada jugak. Tapi kalau tengok behind the scene cara diorang tulis caption tu, baru paham betapa perit jerih pahit maung sukar berat sama dipikul ringan sama dijinjingnya diorang nak memikirkan caption gambar.

Masjid As-Syakirin ft KLCC
Excited tunjuk gambar-gambar KLCC dekat mak. Pastu dengan selamba je mak cakap, "Kenapa laa amik gambar ade construction pulak ni?". Hahaha. Acah-acah nak nampak gaya street photography sikit. Nak buat mcm mana, masa datang haritu memang area KLCC tengah ada construction. Alang-alang tu, ambik je la gambar construction sekali.

Bawalah kami ke jalan yang engkau redhai amin ya robbal 'alamin
Hari Jumaat macam biasa lah, siap-siap terus nak gi solat Jumaat. Dia punya tahap nak siap tu sampai aku sanggup gi Watson KLCC semata-mata nak beli ketip kuku (kepit kuku?). Mula-mula macam tak tengok price tag, lepas tu bila dah amik, baru perasan harga ketip kuku tu sampai RM18.90 (termasuk GST 6% syukurlah Malaysia masih aman). Mahal jugak ketip kuku ni pun. Tapi sebab kuku pun dah panjang sangat, pastu dah nak gi sembahyang Jumaat pulak. Maka ku tabahkan hati membayar sekeping not RM20 semata-mata nak beli ketip kuku.

Dari dulu pasang niat nak naik skybridge tu tapi niat tak kesampaian sampai ke hari ni.  Future wife sila take note bawak jalan-jalan ye.
Air pancut kaler kaler
Ambik gambar je. Tak makan pun. Tengok je mampu.

Tapi bear dia tak boleh nak gomol. Sedih kejap untuk beberapa langkah.

Sebenarnya dah tak tau nak gi mana. So dengan otak yang tidak keruan tak tahu nak ke kiri or ke kanan, maka beberapa portion cerebrum pun menghasut untuk naik train jalan-jalan sekitar KL (yang akhirnya membawa aku sampai ke Shah Alam). Macam mana boleh sampai Shah Alam aku pun tak tau. Lepas tu naik pulak train sampai ke Setiawangsa. Hahaha. Jalan-jalan cari pasal. Kalau ada paparazzi ikut aku (dah kau kenapa paparazzi nak ikut ko), nescaya paparazzi pun akan penat mengikut sebab ternyata beribu langkah kena berjalan dalam sehari. Maka bertaburanlah lens2 si paparazzi dek kerana kena mengikut aku kehulu dan kehilir. Dah khairie dah, takde sape paparazzi nak ikut ko. 

Saturday, August 15, 2015

Bukan Suka-Suka

Setiap orang yang kita jumpa pasti mengajar kita sesuatu yang baru.

Pasti.