Minggu lepas gi key el. Gitu haaaa baru gi KL kejap dah nak tulis style hipster.
Haruslah.
Sebenarnya gi KL tak tau nak buat apa pun. Teman kakak kejap sebab dia ada kerja kat sana. So adik dia yang baik hati ni pun merelakan diri la konon-konon nak jadi adik mithali. Dah la tengah bulan, duit memang tinggal kenangan la. Tapi bagus jugak sebab kalau aku tgh travel time takde duit, baru la beringat-ingat sikit. Kalau tak, memang shopping tak beringat mengalahkan mak datin dan anak-anak ikannya.
|
KLCC at night |
Duhhh caption gambar kat atas memang tak boleh nak straight forward lagi ke? Ok aku memang jenis yang suka amik gambar tapi tak reti nak letak caption. Seronok tengok orang lain letak caption power-power go go power rangers sampai sikit lagi nak sama dengan tahap kumpulan puisi-puisi A. Samad Said tokoh negara. Gambar simple tapi caption berjela macam lirik lagu My All Mariah Carey tu pun ada jugak. Tapi kalau tengok behind the scene cara diorang tulis caption tu, baru paham betapa perit jerih pahit maung sukar berat sama dipikul ringan sama dijinjingnya diorang nak memikirkan caption gambar.
|
Masjid As-Syakirin ft KLCC |
Excited tunjuk gambar-gambar KLCC dekat mak. Pastu dengan selamba je mak cakap, "Kenapa laa amik gambar ade construction pulak ni?". Hahaha. Acah-acah nak nampak gaya street photography sikit. Nak buat mcm mana, masa datang haritu memang area KLCC tengah ada construction. Alang-alang tu, ambik je la gambar construction sekali.
|
Bawalah kami ke jalan yang engkau redhai amin ya robbal 'alamin |
Hari Jumaat macam biasa lah, siap-siap terus nak gi solat Jumaat. Dia punya tahap nak siap tu sampai aku sanggup gi Watson KLCC semata-mata nak beli ketip kuku (kepit kuku?). Mula-mula macam tak tengok price tag, lepas tu bila dah amik, baru perasan harga ketip kuku tu sampai RM18.90 (termasuk GST 6% syukurlah Malaysia masih aman). Mahal jugak ketip kuku ni pun. Tapi sebab kuku pun dah panjang sangat, pastu dah nak gi sembahyang Jumaat pulak. Maka ku tabahkan hati membayar sekeping not RM20 semata-mata nak beli ketip kuku.
|
Dari dulu pasang niat nak naik skybridge tu tapi niat tak kesampaian sampai ke hari ni. Future wife sila take note bawak jalan-jalan ye. |
|
Air pancut kaler kaler |
|
Ambik gambar je. Tak makan pun. Tengok je mampu. |
|
Tapi bear dia tak boleh nak gomol. Sedih kejap untuk beberapa langkah.
|
Sebenarnya dah tak tau nak gi mana. So dengan otak yang tidak keruan tak tahu nak ke kiri or ke kanan, maka beberapa portion cerebrum pun menghasut untuk naik train jalan-jalan sekitar KL (yang akhirnya membawa aku sampai ke Shah Alam). Macam mana boleh sampai Shah Alam aku pun tak tau. Lepas tu naik pulak train sampai ke Setiawangsa. Hahaha. Jalan-jalan cari pasal. Kalau ada paparazzi ikut aku (dah kau kenapa paparazzi nak ikut ko), nescaya paparazzi pun akan penat mengikut sebab ternyata beribu langkah kena berjalan dalam sehari. Maka bertaburanlah lens2 si paparazzi dek kerana kena mengikut aku kehulu dan kehilir. Dah khairie dah, takde sape paparazzi nak ikut ko.
No comments:
Post a Comment